Sebelum saya memilih untuk menyertai ONEXOX sebagai pengedarnya, saya sudah terlebih dahulu mengkaji tentang bisnes-bisnes yang ada dalam bidang telekomunikasi. Sudah tentu antara yang popular adalah TXXE, AXXXL DLL. Agak lama juga saya mengkaji bagaimana untuk saya berkembang dalam bisnes melalui produk mereka. Malahan, ramai juga rakan-rakan yang mengajak saya untuk menyertai mereka. Tetapi saya masih rasa ragu-ragu dan bimbang produk tersebut sukar untuk dipasarkan (ini pendapat saya sahaja la ye).
Ianya menyebabkan saya begitu lama mengkaji untuk mendapatkan cara terbaik bagi saya melakukan bisnes telekomunikasi ini. Malahan, saya membuat banyak analisa pembuktian yang boleh saya persembahkan tentang kelebihan setiap produk kepada bakal pembeli mahupun ejen.
Sehinggalah pada satu masa, saya terpandang iklan ONEXOX (nama yang tidak pernah saya dengar sebelum ini) dan saya terus terpikat. Ini kerana pakej yang ditawarkan begitu menarik dan memberikan banyak kelebihan kepada pengguna.
Dengan kadar panggilan yang rendah disamping kadar SMS yang juga rendah, ini membuatkan saya terus sahaja membeli kad sim ONEXOX dan terus mendaftar sebagai sub-pengedar selepas permohonan saya untuk bertukar talian ke ONEXOX berjaya (saya memindahkan nombor lama saya daripada telco U kepada ONEXOX). Apa yang lebih menarik lagi, kadar internetnya juga adalah yang terbaik ketika itu (hanya RM29.99 untuk 1.5GB/30hari), sebelum telco-telco lain mula merendahkan kadar mereka untuk bersaing dengan kadar ONEXOX.
Apa yang lebih penting, kad sim ONEXOX dijual pada harga hanya RM10 sahaja. Dengan harga seperti ini, ianya boleh dijual dimana-mana dan kepada sesiapa sahaja termasuk pelajar sekolah. Pada saya, ini cukup penting, kerana dengan harga yang rendah, sesuatu produk itu mudah dijual. Apatah lagi dengan ciri-ciri yang ada pada ONEXOX, yang pastinya mampu membuatkan pengguna tertarik. Sesuai dengan motto yang digunakan oleh ONEXOX - Penjimatan Anda Keutamaan Kami.
Baca lagi di sini
Baca lagi di sini
Shahrul
019-750 0021

No comments:
Post a Comment