Akaun utama (MA) adalah dimana kadar biasa, untuk membuat langganan internet dan pindahan kredit.Digunakan selepas tiada baki didalam akaun dedikasi . Akaun Dedikasi (DA) adalah dimana anda akan menikmati kadar panggilan dan sms yang rendah. Digunakan terlebih dahulu bagi menikmati kadar rendah.
Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi dan Akaun Utama?
Akaun tersebut diadakan bagi memberi ruang penjimatan kepada pelanggan ONEXOX. Dengan ini, pelanggan boleh merancang perbelanjaan tambah nilai bagi menikmati kadar rendah berterusan yang ditawarkan pada Akaun Dedikasi. (Baca lagi di post ini)
Berapa denominasi recharge untuk akaun utama dan akaun dedikasi ?
RM5 – DA (RM2) , MA (RM3)
RM10 – DA (RM4) , MA (RM6)
RM30 – DA (RM20) , MA (RM10)
RM50 – DA (RM50), MA (TIADA)
* Nilai GST akan dimasukkan ke dalam akaun sejurus selepas tambah nilai berjaya
Saya hendak membuat langganan internet tetapi baki akaun utama (MA) tidak mencukupi , manakala di akaun dedikasi (DA) mempunyai baki. Boleh kah saya membeli langganan menggunakan akaun dedikasi (DA)?
Tidak boleh. Baki akaun dedikasi (DA) hanya boleh membuat panggilan dan sms dengan kadar yang rendah sahaja. Akan tetapi baki akaun dedikasi (DA) boleh dipindahkan ke akaun utama (MA)
Bagaimana cara nak memindahkan baki akaun dedikasi (DA)ke akaun utama (MA) ?
Taip SMS : TRNS<jarak>DA<jarak>(amaun yang hendak dipindahkan) hantar ke 22111.
Cth : TRNS DA 4
**Sila hantar SMS yang berkaitan (untuk melanggan internet/membuat pindahan kredit MA ke pihak ke-3) selepas berjaya membuat pindahan baki DA ke MA.
Bolehkah baki akaun utama (MA) dipindahkan ke baki akaun dedikasi (DA)?
Tidak boleh. Hanya Baki akaun dedikasi (DA) sahaja yang boleh dipindahkan ke akaun utama (MA). Akan tetapi Baki akaun utama(MA) boleh dipindahkan ke pihak ke 3.
Bagaimana cara hendak membuat pindahan kredit akaun utama (MA) ke pihak ke 3 ?
RM3 SMS: TRNS<jarak>MA<jarak>010300xxxx<jarak>MA<jarak>3<jarak>1234 ke 22111
RM7 SMS: TRNS<jarak>MA<jarak>010300xxxx<jarak>MA<jarak>7<jarak>1234 ke 22111
RM15 SMS: TRNS<jarak>MA<jarak>010300xxxx<jarak>MA<jarak>15<jarak>1234 ke 22111
RM30 SMS: TRNS<jarak>MA<jarak>010300xxxx<jarak>MA<jarak>30<jarak>1234 ke 22111
**Kredit dipindahkan ke Akaun Utama (MA) penerima. RM0.25 dikenakan kepada kedua-dua pihak A&B.
Bagaimana hendak menyemak baki akaun utama (MA) dan baki akaun dedikasi (DA) ?
1. Melalui kod USSD : *132# atau *150#
2. Melalui SMS : taip BAL hantar ke 22111
Kemaskini pada 31/12/2015


No comments:
Post a Comment