17 September 2014

Kenapa saya pilih OneXOX

Antara sebab saya menyertai perniagaan ONEXOX adalah :


1. Pelan Pemasaran yang unik 
Berbanding syarikat telco lain di Malaysia, ONEXOX menawarkan pelan pemasaran yang unik iaitu tanpa pengiklanan di media utama dan hanya dengan kuasa pengguna/pengedar sahaja. ONEXOX tidak mengeluarkan kos iklan yang tinggi, tetapi memberikan insentif kepada pengguna mereka yang menjadi promoter kepada syarikat. Dengan pelan sebegini, kedua-dua pihak mendapat keuntungan.


2. Program UGU (User Get User) 
Pihak onexox telah memperkenalkan satu program yang memberikan pendapatan pasif kepada pelanggan OneXOX yang diberi nama User-Get-User. Melalui program ini, setiap pengguna OneXOX layak mendapat insentif sebanyak 6% daripada setiap topup yang dilakukan oleh orang yang mereka perkenalkan kepada OneXOX (Kadar insentif UGU sebelum 1 April 2015 adalah 5% sahaja). Caranya begitu mudah, hanya guna sahaja OneXOX dan ajak rakan-rakan pun guna. Setiap kali rakan-rakan yang kita ajak tu topup, kita akan dapat 6% setiap kali mereka topup.



3. Tempoh sah Kredit yang panjang 
Di Malaysia, tiada syarikat lain yang menawarkan tempoh sah lanjutan seperti yang ditawarkan oleh OneXOX. Tempoh sah lanjutan yang diberikan adalah selama 28 bulan dan hari terakhir tempoh sah tersebut akan dianjakkan mengikut topup pelanggan. Tempoh sah kredit di OneXOX adalah sehari untuk setiap RM1. Sebagai contoh, jika pengguna menambah nilai sebanyak RM1, tempoh sah akan menjadi 28 bulan 1 hari dan jika ditambah RM30 akan di anjakkan 30 hari lagi. Menarik bukan?




4. Kadar Panggilan Rendah 

Penggunaan telefon bimbit pada masa kini adalah lebih meluas, termasuklah kepada anak-anak yang masih bersekolah rendah. Dengan kadar panggilan yang diberikan oleh OneXOX ini, ianya pasti memberikan lebih penjimatan kepada pengguna.

Kebanyakan panggilan yang dibuat pada masa kini tidak melibatkan tempoh berbual yang panjang. Malah, kajian yang dijalankan juga menunjukkan kebanyakan panggilan akan berakhir dalam tempoh 30 saat sahaja.

Di OneXOX, kadar untuk panggilan di bawah 10 saat ke semua rangkaian adalah 5 sen sahaja. Berbeza dengan telco-telco lain yang mengenakan caj yang tinggi yang mana ianya lebih bersifat penindasan kepada pengguna. Bayangkan, untuk panggilan yang sekejap sahaja, pengguna dicaj untuk penggunaan seminit, adakah ianya adil?


5. Kadar SMS Serendah 2 Sen dan Ganjaran 1800 SMS Percuma
Kadar SMS yang dikenakan oleh ONEXOX serendah 2 sen / SMS ke 10 nombor (semua rangkaian) yang kita tetapkan sebagai nombor kegemaran. Pengguna ONEXOX juga akan dihadiahkan 1,800 SMS percuma (150 SMS x 12 bulan) untuk digunakan sesama talian. SMS percuma ini tiada tempoh tamat dan akan dibawa ke hadapan setiap bulan sekiranya tidak habis digunakan


6. Tiada lagi sms spam 
SMS spam amat menggangu dan selalu membazirkan kredit anda. Mungkin anda pernah menerima mesej spam seperti ini “Tahniah anda telah menerima tambah nilai kredit sebanyak rm30 sila hantar ON XXXX ke 33333 sekarang untuk”.…. dan biasanya satu lagi SMS akan sampai sedikit lewat “berpeluang mendapatkan tambah nilai. RM5/sms” Bila anda terpedaya dan terlanggan, kredit anda akan terus dipotong sebanyak RM5. Menyampah bukan?

Dengan onexox mesej seperti spam seperti itu tidak ada lagi dan disekat untuk memastikan prepaid kita bebas dari langanan yang tidak perlu dan membazir.


7. Internet Berkelajuan Tinggi tanpa Pay Per Use
“Pay Per Use” bermaksud telco akan kenakan caj mengikut berapa banyak penggunaan kita selepas kuota internet dah habis digunakan. ONEXOX tiada terma “Pay Per Use”. Jadi, tiada risiko kehilangan kredit akibat “Pay Per Use”.

ONEXOX bukan simkad ‘internet unlimited’, yang ada cuma unlimited speed.

Speed internet ONEXOX tiada “capped speed” dan tiada istilah Peak Hour atau Off Peak. Internet ONEXOX sentiasa laju dari awal guna sehingga kuota internet habis bergantung kepada kawasan kegunaan anda.

Langganan data internet ONEXOX yang dicadangkan adalah RM18 (500MB) atau RM29.99 (1.5GB) untuk tempoh 30 hari. 
Pelan Data OneXOX



8. 10 Nombor “Keluarga & Rakan” Semua Rangkaian
Dengan ONEXOX kita boleh tetapkan 10 nombor “Keluarga & Rakan” semua rangkaian untuk mendapatkan lebih penjimatan. Dalam senarai “Keluarga & Rakan”, anda boleh masukkan semua nombor termasuk rangkaian lain seperti Maxis, Celcom, DiGi, TuneTalk, Altel, U Mobile dan lain-lain, serta nombor talian tetap TM.


9. Jaminan Tiada Caj Tersembunyi
ONEXOX memberi jaminan tiada caj tersembunyi, kehilangan kredit dan juga tiada SPAM ke atas handphone pengguna-pengguna prepaid ONEXOX. Caj dikenakan ikut apa yang kita guna je dan telus tanpa sebarang caj tambahan yang tersembunyi. Setakat ini belum ada lagi telco lain yang memberi jaminan kehilangan kredit, kerana mereka sendiri membenarkan pihak ketiga untuk membuat mesej spam.


10. Harga Simkad Hanya RM10 dengan Kredit RM5 Tersedia
Untuk menggunakan prepaid ONEXOX ni, anda boleh beli simkad (sama ada beli nombor baru atau kekalkan nombor lama) dengan harga RM10 sahaja dan dalam simkad tersedia kredit RM5. Boleh terus guna untuk call dan hantar SMS selepas dah aktifkan simkad.

Akaun DA & MA

Apa itu Akaun Utama (MA) & Akaun Dedikasi (DA)?

Akaun utama (MA) adalah dimana kadar biasa, untuk membuat langganan internet dan pindahan kredit.Digunakan selepas tiada baki didalam akaun dedikasi .  Akaun Dedikasi (DA) adalah dimana anda akan menikmati kadar panggilan dan sms yang rendah. Digunakan terlebih dahulu bagi menikmati kadar rendah.


Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi dan Akaun Utama?

Akaun tersebut diadakan bagi memberi ruang penjimatan kepada pelanggan ONEXOX. Dengan ini, pelanggan boleh merancang perbelanjaan tambah nilai bagi menikmati kadar rendah berterusan yang ditawarkan pada Akaun Dedikasi. (Baca lagi di post ini)


Berapa denominasi recharge untuk akaun utama dan akaun dedikasi ?

RM5 – DA (RM2) , MA (RM3)
RM10 – DA (RM4) , MA (RM6)
RM30 – DA (RM20) , MA (RM10)
RM50 – DA (RM50), MA (TIADA)

* Nilai GST akan dimasukkan ke dalam akaun sejurus selepas tambah nilai berjaya



Saya hendak membuat langganan internet tetapi baki akaun utama (MA) tidak mencukupi , manakala di akaun dedikasi (DA) mempunyai baki. Boleh kah saya membeli langganan menggunakan akaun dedikasi (DA)?

Tidak boleh. Baki akaun dedikasi (DA) hanya boleh membuat panggilan dan sms dengan kadar yang rendah sahaja. Akan tetapi baki akaun dedikasi (DA) boleh dipindahkan ke akaun utama (MA)


Bagaimana cara nak memindahkan baki akaun dedikasi (DA)ke akaun utama (MA) ?

Taip SMS : TRNS<jarak>DA<jarak>(amaun yang hendak dipindahkan) hantar ke 22111.
Cth : TRNS DA 4

**Sila hantar SMS yang berkaitan (untuk melanggan internet/membuat pindahan kredit MA ke pihak ke-3) selepas berjaya membuat pindahan baki DA ke MA.




Bolehkah baki akaun utama (MA) dipindahkan ke baki akaun dedikasi (DA)?

Tidak boleh. Hanya Baki akaun dedikasi (DA) sahaja yang boleh dipindahkan ke akaun utama (MA). Akan tetapi Baki akaun utama(MA) boleh dipindahkan ke pihak ke 3.


Bagaimana cara hendak membuat pindahan kredit akaun utama (MA) ke pihak ke 3 ?

RM3      SMS: TRNS<jarak>MA<jarak>010300xxxx<jarak>MA<jarak>3<jarak>1234  ke 22111
RM7      SMS: TRNS<jarak>MA<jarak>010300xxxx<jarak>MA<jarak>7<jarak>1234  ke 22111
RM15    SMS: TRNS<jarak>MA<jarak>010300xxxx<jarak>MA<jarak>15<jarak>1234 ke 22111
RM30    SMS: TRNS<jarak>MA<jarak>010300xxxx<jarak>MA<jarak>30<jarak>1234 ke 22111

**Kredit dipindahkan ke Akaun Utama (MA) penerima. RM0.25 dikenakan kepada kedua-dua pihak A&B.



Bagaimana hendak menyemak baki akaun utama (MA) dan baki akaun dedikasi (DA) ?

1. Melalui kod USSD : *132# atau *150#
2. Melalui SMS : taip BAL hantar ke 22111

Kemaskini pada 31/12/2015