25 December 2014

Kenapa perlu ada dua akaun DA & MA?

Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?


Jawapan Pertama

Dengan pelan fleksi 2-dalam-1 yang unik, ONEXOX menawarkan caj kadar murah yang lebih penjimatan pada baki DA dan caj kadar biasa yang berpatutan pada baki MA.

Mekanisme caj bermula dengan penolakan pada baki DA (kadar murah) terlebih dahulu; seterusnya menolak baki MA (kadar biasa) apabila kehabisan baki DA. Baki MA juga digunakan untuk melanggan pelan internet mudah alih serta membuat pindahan kredit ke pihak lain; sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum meneruskan transaksi tersebut. 

Anda boleh memindahkan sebahagian baki DA ke MA bagi mencukupkan amaun MA untuk melanggan pelan internet pilihan anda atau jika ingin membuat pindahan kredit ke pihak lain.   

Cara memindahkan sebahagian DA ke MA (perkhidmatan ini adalah percuma):
   SMS ke 22111- TRNS<jarak>DA<jarak><amaun yg hendak dipindahkan>   
   Contoh: TRNS DA 18

Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa hadapan. Berkonsepkan belian top up secara pukal, pelanggan-pelanggan ONEXOX yang membuat top up pada denominasi yang besar sekali gus akan menikmati lebih penjimatan pada baki DA. Kami mengalu-alukan agar semua pelanggan ONEXOX menggunakan ruang penjimatan ini bagi mengoptimakan perbelanjaan telekomunikasi harian anda.



Jawapan Kedua

Tujuannya adalah untuk memastikan semua golongan dapat menikmati kadar murah. Sesetengah telco memberi penjimatan dengan bersyarat seperti jimat pada waktu2 tertentu sahaja atau top up lebih untuk lebih jimat dan Ini adalah strategi syarikat2 untuk memberi penjimatan kepada pelanggan. Berlaku win2 situation antara pelanggan dan syarikat iaitu guna lebih untuk lebih murah. Tetapi bagaimana golongan yang tidak mampu top up lebih seperti remaja dan sesiapa sahaja.

Jadi Onexox datang dengan pakej dua akaun di mana semua orang mampu menikmatinya walaupun hanya top up RM5 sahaja. Selain itu , pengguna dapat merancang perbelanjaan tambah nilai bagi menikmati kadar murah yang berterusan pada akaun dedikasi.

DA adalah akaun kadar murah - Hanya untuk panggilan & sms sahaja.  Di gunakan terlebih dahulu bagi menikmati kadar murah. Sekiranya anda ingin melanggan data, anda perlu TRANSFER dulu nilai DA ke MA mengikut pelan data yg anda inginkan.

MA adalah akaun kadar biasa - Untuk membuat langganan data dan pindahan kredit. Di gunakan selepas tiada baki di akaun dedikasi .



Jawapan Ketiga ( jawapan dari CEO )

Biar saya terangkan kenapa perlu ada DA dan MA

DA/MA merupakan ciptaan kami semasa bersama SALAMFONE dahulu dimana produk ini dicipta untuk memberi peluang kepada pelanggan untuk mengalami rate POSTPAID dan menggunakan internet pada suatu masa .

Contoh jika anda melanggan pelan HOTLINK dan charge panggilan hotlink kebanyakannya 35 sen per block ( 0-60 saat ) anda topup 10 ringgit dan membuat panggilan selama 20 saat ( Majoriti penggunaan talifon bimbit adalah dibawah 30 saat ) anda akan di charge sebanyak 35 sen .

Berbanding anda membuat panggilan yg sama menggunakan rate MA charge panggilan masih 16 sen utk tempoh yg sama .

Jadi mahal nya dimana tu ?

Target Market ONEXOX adalah pengguna pengguna smartphone yang kini semakin bertambah dan rata-rata ARPU ( Average revenue per user ) Semakin bertambah .. dan kebanyakan pengguna pengguna baru ini tidak sedar untuk kekal active menggunakan internet kos nya semakin meningkat , Disebabkan itu peluang ini sering diambil oleh penjual sim-sim ghost hulk dan unlimited untuk keuntungan cepat yg begitu luarbiasa . Mana tak nye simkad beli paling mahal pun 10 ringgit ..diorang adjust sikit kat sistem centouch ...dapat unlimited kuota dan speed ..jual dengan harga 300 ringgit satu sim .

Mencuri la nama nye tu ..,.

Berbalik kepada DA / MA apa bila anda membuat topup 10 ringgit akaun anda akan dibahagi dua iaitu 4 ringgit utk membuat panggilan dgn rate serendah 6 sen utk 30 saat dan 6 ringgit diakaun MA utk membuat pembelian data harian ..

DA/MA juga boleh berubah mengikut waktu ..jika ianya mendapat sambutan mungkin ...mungkin rate nya akan jadi lebih murah ...

Insya Allah -Bobie Farid Shamsudin

13 December 2014

Kod Penolakan MNP

Berikut adalah kod-kod penolakan (reject) MNP yang perlu diketahui semua pengedar.

SP10

Nombor Kad pengenalan baru salah.
Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP11

Nombor Kad pengenalan lama salah.
Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP12

Nombor ID polis/tentera salah.
Remark/Resolution : Semak butiran Nombor ID Polis/tentera pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP13

Nombor Passport salah.
Remark/Resolution : Semak butiran Passport pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP51

Nombor masih mempunyai kontrak dengan donor asal.
Remark/Resolution : Semak dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal)samada nombor tersebut mempunyai kontrak atau tidak. Pemilik asal perlu batalkan kontrak sedia ada. Sekiranya Kontrak sudah di batalkan , Re-submit semula permohonan MNP tersebut.

SP52

Mempunyai akaun tertunggak.
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu jelaskan pembayaran akaun yang tertunggak dengan Penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Jika Boleh, lebihkan pembayaran bil. Sekiranya akaun telah dibersihkan dari tunggakan, Sila Re-submit semula Permohonan MNP.

SP54

Nombor yg hendak di MNP bukan dari donor yg di daftar.
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu semak dengan rangkaian sedia ada ( donor asal) samada nombor tersebut adalah betul dari rangkaian yg di daftarkan. Setelah mendapat pengesahan, Sila Re-submit semula permohonan MNP tersebut.

SP55

Nombor telah tiada perkhidmatan.
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu pastikan nombor masih aktif dan sah sebelum membuat permohonan utk MNP. Sekiranya nombor telah tiada perkhidmatan, nombor tersebut tidak boleh digunakan lagi.

SP56

Nombor tersebut iaitu Pemegang Akaun Utama ( Principal Line) mempunyai talian tambahan di bawahnya ( Supplementary Line).
Remark/Resolution : Pemegang Akaun Utama mesti pergi ke Penyedia Rangkaian sedia ada (Donor Asal) utk tamatkan talian tambahan dan salah satu nombor dari talian tambahan tadi perlu mendaftar semula utk menjadi Pemegang Akaun utama (Principal Line). Setelah proses berjaya, Permohonan MNP utk nombor tadi boleh di re-submit semula

SP57

Talian tambahan( Supplementary Line) mempunyai Pemegang akaun utama ( Principal Line) yang perlu di alihkan
Remark/Resolution : Pemegang talian tambahan perlu mendaftar semula sebagai pemegang akaun utama. sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

SP58

Sebahagian atau semua nombor bukan kepunyaan pelanggan atau syarikat utama.
Remark/Resolution : Pengguna Talian tambahan (Supplementary Line) perlu mendaftar semula sebagai pengguna Utama ( Principal subscriber) atau sebagai Pengguna individu.sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan tersebut

SP59

Melebihi had Kredit.
Remark/Resolution : memastikan penggunaan perkhidmatan yang sedia ada tidak melebihi had kredit yang ditetapkan oleh operator rangkaian semasa.

SP61

Nombor pelanggan dicabut sementara ( Disconnected) – samada secara tidak sukarela dan sukarela.
Remark/Resolution : Tanya pelanggan untuk menyemak status talian / Nombor mereka dengan penyedia perkhidmatan semasa. Memastikan nombor masih aktif / dihubungkan dengan pembekal rangkaian semasa sebelum permintaan untuk mengalihkan nombor tersebut.

10 October 2014

Caj Kadar Panggilan & SMS OneXOX

Mungkin ada yang kurang jelas tentang caj yang dikenakan oleh OneXOX untuk membuat panggilan ataupun menghantar SMS. Disini, diterangkan serba sedikit tentang caj-caj yang dikenakan daripada akaun-akaun yang terlibat di OneXOX. Terlebih dahulu, anda perlu tahu apa itu akaun MA dan DA.



Caj daripada Akaun DA 

Caj Panggilan 
- Antara 1 ke 10 saat  : 5 sen (semua rangkaian)
- Antara 11 ke 30 saat : 7 sen (sesama rangkaian) ;  9 sen (lain-lain rangkaian)
- Antara 31 ke 60 saat : 15 sen (sesama rangkaian) ; 18 sen (lain-lain rangkaian)


Contoh:

Panggilan selama 7 saat akan di caj 5 sen (termasuk panggilan ke voice mail)

Panggilan ke XOX selama 15 saat akan di caj 7 sen
Panggilan ke XOX selama 45 saat akan di caj 15 sen
Panggilan ke XOX selama 75 saat akan di caj 22 sen

Panggilan ke luar XOX selama 15 saat akan di caj 9 sen
Panggilan ke luar XOX selama 45 saat akan di caj 18 sen
Panggilan ke luar XOX selama 75 saat akan di caj 27 sen


Caj SMS
- 5 sen (sesama rangkaian)
- 10 sen (lain-lain rangkaian)


Caj daripada Akaun MA 

Caj Panggilan 
- Antara 1 ke 10 saat  : 5 sen (semua rangkaian)
- Antara 11 ke 30 saat : 12 sen (semua rangkaian) 
- Antara 31 ke 60 saat : 12 sen (semua rangkaian)

Panggilan selama 3 saat akan di caj 5 sen (termasuk panggilan ke voice mail)
Panggilan selama 15 saat akan di caj 12 sen
Panggilan selama 45 saat akan di caj 24 sen
Panggilan selama 75 saat akan di caj 36 sen

Caj SMS
- 10 sen (sesama rangkaian)
- 15 sen (lain-lain rangkaian)


Caj untuk Friends & Family (10 Nombor Kegemaran)

Caj Panggilan 
- Antara 1 ke 30 saat  : 6 sen (semua rangkaian)
- Antara 31 ke 60 saat : 12 sen (semua rangkaian)

Caj SMS
- 2 sen (semua rangkaian)



Kemaskini pada 1/12/2015

17 September 2014

Kenapa saya pilih OneXOX

Antara sebab saya menyertai perniagaan ONEXOX adalah :


1. Pelan Pemasaran yang unik 
Berbanding syarikat telco lain di Malaysia, ONEXOX menawarkan pelan pemasaran yang unik iaitu tanpa pengiklanan di media utama dan hanya dengan kuasa pengguna/pengedar sahaja. ONEXOX tidak mengeluarkan kos iklan yang tinggi, tetapi memberikan insentif kepada pengguna mereka yang menjadi promoter kepada syarikat. Dengan pelan sebegini, kedua-dua pihak mendapat keuntungan.


2. Program UGU (User Get User) 
Pihak onexox telah memperkenalkan satu program yang memberikan pendapatan pasif kepada pelanggan OneXOX yang diberi nama User-Get-User. Melalui program ini, setiap pengguna OneXOX layak mendapat insentif sebanyak 6% daripada setiap topup yang dilakukan oleh orang yang mereka perkenalkan kepada OneXOX (Kadar insentif UGU sebelum 1 April 2015 adalah 5% sahaja). Caranya begitu mudah, hanya guna sahaja OneXOX dan ajak rakan-rakan pun guna. Setiap kali rakan-rakan yang kita ajak tu topup, kita akan dapat 6% setiap kali mereka topup.



3. Tempoh sah Kredit yang panjang 
Di Malaysia, tiada syarikat lain yang menawarkan tempoh sah lanjutan seperti yang ditawarkan oleh OneXOX. Tempoh sah lanjutan yang diberikan adalah selama 28 bulan dan hari terakhir tempoh sah tersebut akan dianjakkan mengikut topup pelanggan. Tempoh sah kredit di OneXOX adalah sehari untuk setiap RM1. Sebagai contoh, jika pengguna menambah nilai sebanyak RM1, tempoh sah akan menjadi 28 bulan 1 hari dan jika ditambah RM30 akan di anjakkan 30 hari lagi. Menarik bukan?




4. Kadar Panggilan Rendah 

Penggunaan telefon bimbit pada masa kini adalah lebih meluas, termasuklah kepada anak-anak yang masih bersekolah rendah. Dengan kadar panggilan yang diberikan oleh OneXOX ini, ianya pasti memberikan lebih penjimatan kepada pengguna.

Kebanyakan panggilan yang dibuat pada masa kini tidak melibatkan tempoh berbual yang panjang. Malah, kajian yang dijalankan juga menunjukkan kebanyakan panggilan akan berakhir dalam tempoh 30 saat sahaja.

Di OneXOX, kadar untuk panggilan di bawah 10 saat ke semua rangkaian adalah 5 sen sahaja. Berbeza dengan telco-telco lain yang mengenakan caj yang tinggi yang mana ianya lebih bersifat penindasan kepada pengguna. Bayangkan, untuk panggilan yang sekejap sahaja, pengguna dicaj untuk penggunaan seminit, adakah ianya adil?


5. Kadar SMS Serendah 2 Sen dan Ganjaran 1800 SMS Percuma
Kadar SMS yang dikenakan oleh ONEXOX serendah 2 sen / SMS ke 10 nombor (semua rangkaian) yang kita tetapkan sebagai nombor kegemaran. Pengguna ONEXOX juga akan dihadiahkan 1,800 SMS percuma (150 SMS x 12 bulan) untuk digunakan sesama talian. SMS percuma ini tiada tempoh tamat dan akan dibawa ke hadapan setiap bulan sekiranya tidak habis digunakan


6. Tiada lagi sms spam 
SMS spam amat menggangu dan selalu membazirkan kredit anda. Mungkin anda pernah menerima mesej spam seperti ini “Tahniah anda telah menerima tambah nilai kredit sebanyak rm30 sila hantar ON XXXX ke 33333 sekarang untuk”.…. dan biasanya satu lagi SMS akan sampai sedikit lewat “berpeluang mendapatkan tambah nilai. RM5/sms” Bila anda terpedaya dan terlanggan, kredit anda akan terus dipotong sebanyak RM5. Menyampah bukan?

Dengan onexox mesej seperti spam seperti itu tidak ada lagi dan disekat untuk memastikan prepaid kita bebas dari langanan yang tidak perlu dan membazir.


7. Internet Berkelajuan Tinggi tanpa Pay Per Use
“Pay Per Use” bermaksud telco akan kenakan caj mengikut berapa banyak penggunaan kita selepas kuota internet dah habis digunakan. ONEXOX tiada terma “Pay Per Use”. Jadi, tiada risiko kehilangan kredit akibat “Pay Per Use”.

ONEXOX bukan simkad ‘internet unlimited’, yang ada cuma unlimited speed.

Speed internet ONEXOX tiada “capped speed” dan tiada istilah Peak Hour atau Off Peak. Internet ONEXOX sentiasa laju dari awal guna sehingga kuota internet habis bergantung kepada kawasan kegunaan anda.

Langganan data internet ONEXOX yang dicadangkan adalah RM18 (500MB) atau RM29.99 (1.5GB) untuk tempoh 30 hari. 
Pelan Data OneXOX



8. 10 Nombor “Keluarga & Rakan” Semua Rangkaian
Dengan ONEXOX kita boleh tetapkan 10 nombor “Keluarga & Rakan” semua rangkaian untuk mendapatkan lebih penjimatan. Dalam senarai “Keluarga & Rakan”, anda boleh masukkan semua nombor termasuk rangkaian lain seperti Maxis, Celcom, DiGi, TuneTalk, Altel, U Mobile dan lain-lain, serta nombor talian tetap TM.


9. Jaminan Tiada Caj Tersembunyi
ONEXOX memberi jaminan tiada caj tersembunyi, kehilangan kredit dan juga tiada SPAM ke atas handphone pengguna-pengguna prepaid ONEXOX. Caj dikenakan ikut apa yang kita guna je dan telus tanpa sebarang caj tambahan yang tersembunyi. Setakat ini belum ada lagi telco lain yang memberi jaminan kehilangan kredit, kerana mereka sendiri membenarkan pihak ketiga untuk membuat mesej spam.


10. Harga Simkad Hanya RM10 dengan Kredit RM5 Tersedia
Untuk menggunakan prepaid ONEXOX ni, anda boleh beli simkad (sama ada beli nombor baru atau kekalkan nombor lama) dengan harga RM10 sahaja dan dalam simkad tersedia kredit RM5. Boleh terus guna untuk call dan hantar SMS selepas dah aktifkan simkad.

Akaun DA & MA

Apa itu Akaun Utama (MA) & Akaun Dedikasi (DA)?

Akaun utama (MA) adalah dimana kadar biasa, untuk membuat langganan internet dan pindahan kredit.Digunakan selepas tiada baki didalam akaun dedikasi .  Akaun Dedikasi (DA) adalah dimana anda akan menikmati kadar panggilan dan sms yang rendah. Digunakan terlebih dahulu bagi menikmati kadar rendah.


Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi dan Akaun Utama?

Akaun tersebut diadakan bagi memberi ruang penjimatan kepada pelanggan ONEXOX. Dengan ini, pelanggan boleh merancang perbelanjaan tambah nilai bagi menikmati kadar rendah berterusan yang ditawarkan pada Akaun Dedikasi. (Baca lagi di post ini)


Berapa denominasi recharge untuk akaun utama dan akaun dedikasi ?

RM5 – DA (RM2) , MA (RM3)
RM10 – DA (RM4) , MA (RM6)
RM30 – DA (RM20) , MA (RM10)
RM50 – DA (RM50), MA (TIADA)

* Nilai GST akan dimasukkan ke dalam akaun sejurus selepas tambah nilai berjaya



Saya hendak membuat langganan internet tetapi baki akaun utama (MA) tidak mencukupi , manakala di akaun dedikasi (DA) mempunyai baki. Boleh kah saya membeli langganan menggunakan akaun dedikasi (DA)?

Tidak boleh. Baki akaun dedikasi (DA) hanya boleh membuat panggilan dan sms dengan kadar yang rendah sahaja. Akan tetapi baki akaun dedikasi (DA) boleh dipindahkan ke akaun utama (MA)


Bagaimana cara nak memindahkan baki akaun dedikasi (DA)ke akaun utama (MA) ?

Taip SMS : TRNS<jarak>DA<jarak>(amaun yang hendak dipindahkan) hantar ke 22111.
Cth : TRNS DA 4

**Sila hantar SMS yang berkaitan (untuk melanggan internet/membuat pindahan kredit MA ke pihak ke-3) selepas berjaya membuat pindahan baki DA ke MA.




Bolehkah baki akaun utama (MA) dipindahkan ke baki akaun dedikasi (DA)?

Tidak boleh. Hanya Baki akaun dedikasi (DA) sahaja yang boleh dipindahkan ke akaun utama (MA). Akan tetapi Baki akaun utama(MA) boleh dipindahkan ke pihak ke 3.


Bagaimana cara hendak membuat pindahan kredit akaun utama (MA) ke pihak ke 3 ?

RM3      SMS: TRNS<jarak>MA<jarak>010300xxxx<jarak>MA<jarak>3<jarak>1234  ke 22111
RM7      SMS: TRNS<jarak>MA<jarak>010300xxxx<jarak>MA<jarak>7<jarak>1234  ke 22111
RM15    SMS: TRNS<jarak>MA<jarak>010300xxxx<jarak>MA<jarak>15<jarak>1234 ke 22111
RM30    SMS: TRNS<jarak>MA<jarak>010300xxxx<jarak>MA<jarak>30<jarak>1234 ke 22111

**Kredit dipindahkan ke Akaun Utama (MA) penerima. RM0.25 dikenakan kepada kedua-dua pihak A&B.



Bagaimana hendak menyemak baki akaun utama (MA) dan baki akaun dedikasi (DA) ?

1. Melalui kod USSD : *132# atau *150#
2. Melalui SMS : taip BAL hantar ke 22111

Kemaskini pada 31/12/2015

12 August 2014

Ciri-ciri OneXOX

Ini adalah antara kelebihan yang terdapat di OneXOX. Apabila anda menggunakan OneXOX, anda layak mendapat semua faedah yang ditawarkan ini.


10 August 2014

Dapatkan lebih keuntungan di OneXOX

Ciri-ciri menarik yang ditawarkan di OneXOX pastinya memberikan anda lebih penjimatan dan keuntungan. Jangan terlewat untuk menggunakan OneXOX yang nyata memuaskan hati ramai orang!

Kenali ONEXOX

ONEXOX adalah sebuah jenama telekomunikasi yang diuruskan oleh ONEXOX SDN.BHD, anak syarikat kepada XOX Berhad yang merupakan MVNO kepada Celcom. Untuk mengetahui liputan ONEXOX, boleh periksa liputan Celcom di kawasan tersebut. Dimana ada Celcom, disitu juga ada ONEXOX :-)

Produk yang ditawarkan oleh ONEXOX ada dua jenis iaitu prabayar dan hibrid (Prabayar+Pascabayar)

Prabayar ONEXOX
1. Pek permulaan berharga RM10 dengan RM5 kredit disediakan.
2. Boleh gunakan nombor baru atau kekalkan nombor lama.
3. Kadar panggilan antara yang terendah di pasaran prabayar. Klik
4. Tempoh sah kredit paling lama di Malaysia.

Baca lagi info mengenai prabayar di sini.

ONEXOX BLACK
Pelan ini menggabungkan ciri-ciri yang terdapat pada pelan prabayar dan juga pascabayar. Justeru, ia dipanggil pelan hibrid. Iaitu kategori pelan mudah alih yang baru dalam industri telekomunikasi Malaysia.

Baca lebih lagi mengenai ONEXOX BLACK di sini.

Kemaskini : 10/1/2019

08 August 2014

Pengenalan Kepada One XOX Sdn Bhd

One XOX Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005. One XOX Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 2014, secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan tersendiri.


One XOX percaya akan model perniagaan yang cekap, telus dan sedaya upaya mematuhi tuntutan syariah untuk mempastikan kadar perkhidmatan adalah sangat berpatutan, tiada iklan-iklan yang mengelirukan serta tiada unsur-unsur caj tersembunyi dapat menarik minat dikalangan pelanggan-pelanggan perkhidmatan mudah alih yang sentiasa mencari alternatif penjimatan.

Disamping penawaran perkhidmatan yang sangat kompetitif, One XOX yang tidak mengamalkan pengiklanan secara terbuka telah membuka peluang perniagaan telekomunikasi 'sebenar' mampu milik kepada semua individu yang berminat dengan menawarkan insentif lumayan dan berpanjangan berkonsepkan perkongsian keuntungan syarikat.

One XOX mengalu-alukan semua pelanggan yang dahagakan penjimatan serta usahawan-usahawan yang sedang giat mencari peluang perniagaan untuk mencuba perkhidmatan telus tanpa caj tersembunyi dan memanfaatkan platform perniagaan yang ditawarkan.

OUT THERE WE ARE ONE

VISI

Menjadi perintis yang berjaya ke tahap global di dalam industri telekomunikasi dengan strategi pemasaran unik yang menawarkan perkongsian keuntungan syarikat kepada pengedar.

MISI

Menyediakan perkhidmatan berkualiti pada kadar yang sangat berpatutan serta sedaya upaya mematuhi tuntutan syariat di dalam perniagaan.

OBJEKTIF

• Memberi kesedaran kepada pengguna telefon mudah alih tentang kadar panggilan yang dikenakan melalui demonstrasi produk. 
• Memberi pilihan baru kepada pengguna telefon mudah alih untuk berjimat.
• Membuka peluang perniagaan telekomunikasi kepada usahawan kecil.
• Membantu menaikkan taraf hidup serta ekonomi masyarakat setempat melalui program insentif pengedar.
• Menyumbang kepada pertumbuhan sektor ICT yang sejajar dengan matlamat kerajaan.