10 October 2016

Soal Jawab ONEXOX Season Pass

FAQ (Soalan Lazim Season Pass ONEXOX)


1.       Siapakah yang boleh melanggan Season Pass?
Semua pelanggan XOX Mobile ((#prepaidplus, High Speed Pack, Penang #1758, United Pack, XOX XinXun plan, and ONEXOX plan) boleh menikmati keistimewaan Season Pass.

2.       Bagaimanakah cara untuk saya melanggan Season Pass?
Terdapat empat (4) cara untuk melanggan Season Pass:
-           Anda boleh membeli langganan melalui SMS dan akan dicaj menggunakan kredit masa berbual semasa. (Pelanggan XOX Prepaid: hantar ke 23388; pelanggan ONEXOX: hantar ke 22111 / 23388)
-          Dengan melayari http://onlinestore.xox.com.my/ dan boleh membuat pemelian melalui kad kredit atau perbankan internet.
-          Anda boleh melanggan melalui Menu USSD (*139*4#) dimana anda akan dicaj melalui kredit masa panggilan semasa. Untuk ONEXOX, sila dail *150# dan pilih Season Pass
-          Anda juga boleh melanggan melalui aplikasi MyXOX.
 NOTA: 
Untuk pelanggan ONEXOX, pembelian pakej Season Pass akan ditolak menggunakan kredit masa berbual di akaun MA terdahulu dan diikuti akaun DA.

 3.       Berapa ramaikah rakan dan keluarga yang boleh berkongsi kredit masa berbual, data dan SMS dengan saya?
Tiada had.  Dengan syarat rakan dan keluarga anda adalah pelanggan XOX Prepaid, anda boleh berkongsi tanpa sebarang had atau halangan. RM 0.50 akan dikenakan pada PENGHANTAR untuk setiap perkongsian yang berjaya.
Penghantaran berganda DIBENARKAN dengan satu SMS dan hanya dicaj RM 0.50 untuk setiap perkongsian yang berjaya. Sebagai contoh: Share 0197500021 D1 V50 S100 1234 (untuk berkongsi 1GB / 50 Minit / 100 SMS)
NOTA:

Untuk pelanggan ONEXOX, setiap perkongsian Season Pass akan dicaj RM 0.50 dan akan ditolak dari kredit masa berbual akaun MA dan diikuti akaun DA.

4.       Apakah had maksimum perkongsian?

Masa berbual -  Tanpa Had

SMS -  Tanpa Had

Data -  10GB

5.        Berapa lamakah tempoh sah?
Tempoh sah adalah tertakluk kepada langganan pra bayar semasa.

6.        Setelah saya membeli minit masa berbual dan SMS, bilakah tempoh penggunaan bermula?
Tempoh penggunaan bermula serta merta selepas panggilan atau selepas menghantar SMS (TEMPATAN SAHAJA).
 NOTA:
Untuk panggilan telefon ke semua rangkaian bebas tol Malaysia (1300 atau 1800) kredit masa berbual akan ditolak, bukan minit Season Pass.
Panggilan IDD jugak akan ditolak seperti penggunaan normal.
Untuk penghantaran SMS ke rangkaian SMS kod pendek (sebagai contoh, 66300) normal caj akan dikenakan.

7.       Apakah caj blok bagi minit masa berbual bagi Season Pass?
Caj blok bagi Season Pass adalah 60 saat.

8.       Setelah saya melanggan data, bilakah tempoh penggunaan bermula?
Tempoh penggunaan akan bermula selepas penggunaan data seterusnya. Sebagai contoh, apabila anda melanggan Pakej Data SP D1 (5GB) ia akan disimpan di dalam akaun XOX anda dan hanya akan ditolak sekiranya anda mula mengaktifkan data baru (mengikut langganan harian, mingguan atau bulanan).
 *Pelanggan XOX Prepaid (#prepaidplus, High Speed Pack, Penang #1758, United Pack, XOX XinXun plan) harus mengikut arahan langganan data semasa sebagai contoh, DATA M500MB. Pelanggan ONEXOX harus mengikut arahan langganan yang ditetapkan sebagai contoh 1XD500.
NOTA:  Promosi pakej data semasa tidak dibenarkan menggunakan Season Pass.  Selepas anda mengaktifkan Data Promo, kredit masa berbual anda akan ditolak seperti biasa.

9.       Bolehkah saya terus menggunakan Season Pass sekiranya akaun pra bayar saya telah disekat?
Anda tidak boleh meggunakan Season Pass sekiranya akaun anda disekat (sama ada minit masa berbual, SMS mahupun data).
NOTA:  Sekiranya pelan data anda berterusan, anda masih lagi boleh menggunakan kuota data berkenaan walaupun akaun pra bayar anda telah disekat.

10. agaimanakah cara untuk menyemak baki Season Pass?
Melalui Menu USSD
-          Pelanggan XOX Prepaid : Menu USSD (*132#  atau *139*1#)
-          Pelanggan ONEXOX : Menu USSD (*150*4#)

Melalui SMS
-          Pelanggan XOX Prepaid : Hantar BAL / SP BAL ke 23388
-          Pelanggan ONEXOX : Hantar SP BAL ke 22111 / 23388

Melalui MyXOX app
-          Log masuk / Daftar masuk > My Account > Account / Profile

11. Bagaimanacara untuk mendapatkan kod PIN saya sekiranya saya terlupa?
-          Pelanggan XOX Prepaid : Hantar PIN ke 23388
-          Pelanggan ONEXOX : Hantar PIN ke 22111 / 23388
Bagaimana cara untuk saya dapatkan panduan pengguna sekiranya saya perlukan bantuan mengenai Season Pass?
Sila hantar HELP ke 22111 / 23388 (Boleh digunakan oleh pelanggan XOX Prepaid & ONEXOX)

12. ApakahSeason Pass ‘Happy Hour’?
Season Pass ‘Happy Hour’ adalah promosi yang ditawarkan pada setiap hari Khamis 12pm – 4pm, walaubagaimanpun pakej mungkin berbeza mengikut promosi yang ditawarkan.  

01 October 2016

Pelan Season Pass ONEXOX 2017


Terkini daripada ONEXOX, pelan Season Pass terbaru khas untuk semua pelanggan ONEXOX. Pastinya terbaik untuk anda. #beli #guna #simpan #kongsi

01 April 2016

Kenapa perlu OneXOX

Berikut adalah sebab yang perlu diambil kira untuk anda menggunakan ONEXOX


Sebelum itu, pastikan anda tahu corak penggunaan telefon anda. Adakah anda bayar lebih dari apa yang anda guna? Periksa ye!

1. Pelan Patuh Syariah 
Berbanding syarikat telco lain di Malaysia, ONEXOX menawarkan pelan panggilan, sms dan data yang tidak menekan pengguna disamping tiada caj-caj tersembunyi. OneXOX juga tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran SMS ke nombor 5 angka bagi mengelakkan pengguna kehilangan kredit secara tiba-tiba dan juga menjauhkan diri daripada terjebak dalam perkara-perkara lagha seperti undian-undian program realiti tv dan sebagainya.


2. Program UGU (User Get User) 
Pihak onexox telah memperkenalkan satu program yang memberikan pendapatan pasif kepada pelanggan OneXOX yang diberi nama User-Get-User. Melalui program ini, setiap pengguna OneXOX layak mendapat insentif sebanyak 6% daripada setiap topup yang dilakukan oleh orang yang mereka perkenalkan kepada OneXOX. Caranya begitu mudah, hanya guna sahaja OneXOX dan ajak rakan-rakan pun guna. Setiap kali rakan-rakan yang kita ajak tu topup, kita akan dapat 6% setiap kali mereka topup.



3. Tempoh sah Kredit yang panjang 
Di Malaysia, tiada syarikat lain yang menawarkan tempoh sah lanjutan seperti yang ditawarkan oleh OneXOX. Tempoh sah lanjutan yang diberikan adalah selama 28 bulan dan hari terakhir tempoh sah tersebut akan dianjakkan mengikut topup pelanggan. Tempoh sah kredit di OneXOX adalah sehari untuk setiap RM1. Sebagai contoh, jika pengguna menambah nilai sebanyak RM1, tempoh sah akan menjadi 28 bulan 1 hari dan jika ditambah RM30 akan di anjakkan 30 hari lagi. Menarik bukan?





4. Kadar Panggilan Rendah 

Penggunaan telefon bimbit pada masa kini adalah lebih meluas, termasuklah kepada anak-anak yang masih bersekolah rendah. Dengan kadar panggilan yang diberikan oleh OneXOX ini, ianya pasti memberikan lebih penjimatan kepada pengguna.

Kebanyakan panggilan yang dibuat pada masa kini tidak melibatkan tempoh berbual yang panjang. Malah, kajian yang dijalankan juga menunjukkan kebanyakan panggilan akan berakhir dalam tempoh 30 saat sahaja.

Di OneXOX, kadar untuk panggilan di bawah 10 saat ke semua rangkaian adalah 5 sen sahaja. Berbeza dengan telco-telco lain yang mengenakan caj yang tinggi yang mana ianya lebih bersifat penindasan kepada pengguna. Bayangkan, untuk panggilan yang sekejap sahaja, pengguna dicaj untuk penggunaan seminit, adakah ianya adil?


5. Kadar SMS Serendah 2 Sen dan Ganjaran 1800 SMS Percuma
Kadar SMS yang dikenakan oleh ONEXOX serendah 2 sen / SMS ke 10 nombor (semua rangkaian) yang kita tetapkan sebagai nombor kegemaran. Pengguna ONEXOX juga akan dihadiahkan 1,800 SMS percuma (150 SMS x 12 bulan) untuk digunakan sesama talian. SMS percuma ini tiada tempoh tamat dan akan dibawa ke hadapan setiap bulan sekiranya tidak habis digunakan


6. Tiada lagi sms spam 
SMS spam amat menggangu dan selalu membazirkan kredit anda. Mungkin anda pernah menerima mesej spam seperti ini “Tahniah anda telah menerima tambah nilai kredit sebanyak rm30 sila hantar ON XXXX ke 33333 sekarang untuk”.…. dan biasanya satu lagi SMS akan sampai sedikit lewat “berpeluang mendapatkan tambah nilai. RM5/sms” Bila anda terpedaya dan terlanggan, kredit anda akan terus dipotong sebanyak RM5. Menyampah bukan?

Dengan onexox mesej seperti spam seperti itu tidak ada lagi dan disekat untuk memastikan prepaid kita bebas dari langanan yang tidak perlu dan membazir.


7. Internet Berkelajuan Tinggi tanpa Pay Per Use
“Pay Per Use” bermaksud telco akan kenakan caj mengikut berapa banyak penggunaan kita selepas kuota internet dah habis digunakan. ONEXOX tiada terma “Pay Per Use”. Jadi, tiada risiko kehilangan kredit akibat “Pay Per Use”.

ONEXOX bukan simkad ‘internet unlimited’, yang ada cuma unlimited speed.

Speed internet ONEXOX tiada “capped speed” dan tiada istilah Peak Hour atau Off Peak. Internet ONEXOX sentiasa laju dari awal guna sehingga kuota internet habis bergantung kepada kawasan kegunaan anda.

Langganan data internet ONEXOX yang dilanggan daripada Season Pass bernilai hanya RM2.50 untuk sebulan dengan kelajuan 4G LTE.


Kadar data di ONEXOX sentiasa diselaraskan bagi memenuhi keperluan semasa. Oleh itu, para pengguna dinasihatkan untuk ketahui kadar data terkini sebelum melanggan data.


8. 10 Nombor “Keluarga & Rakan” Semua Rangkaian
Dengan ONEXOX kita boleh tetapkan 10 nombor “Keluarga & Rakan” semua rangkaian untuk mendapatkan lebih penjimatan. Dalam senarai “Keluarga & Rakan”, anda boleh masukkan semua nombor termasuk rangkaian lain seperti Maxis, Celcom, DiGi, TuneTalk, Altel, U Mobile dan lain-lain, serta nombor talian tetap TM.


9. Jaminan Tiada Caj Tersembunyi
ONEXOX memberi jaminan tiada caj tersembunyi, kehilangan kredit dan juga tiada SPAM ke atas handphone pengguna-pengguna prepaid ONEXOX. Caj dikenakan ikut apa yang kita guna je dan telus tanpa sebarang caj tambahan yang tersembunyi. Setakat ini belum ada lagi telco lain yang memberi jaminan kehilangan kredit, kerana mereka sendiri membenarkan pihak ketiga untuk membuat mesej spam.


10. Harga Simkad Hanya RM10 dengan Kredit RM5 Tersedia

Untuk menggunakan prepaid ONEXOX ni, anda boleh beli simkad (sama ada beli nombor baru atau kekalkan nombor lama) dengan harga RM10 sahaja dan dalam simkad tersedia kredit RM5. Boleh terus guna untuk call dan hantar SMS selepas dah aktifkan simkad.

17 March 2016

Kempen 1 JUTA Pengguna

Lagi berita baik untuk anda!


### KEMPEN 1,000,000 USER ###

Berkuatkuasa serta merta, PENGEDAR yang mendaftarkan PENGGUNA yang ke - 1,000,000 akan mendapat ganjaran tunai sebanyak RM5,000.00 !!! 

Bagi PENGGUNA ke - 1,000,000 tersebut, IPHONE 6S PLUS beserta kredit topup RM500.00 menanti anda !!!

Terma & Syarat ;

- Pelanggan ke - 1,000,000 beserta topup minima RM10
- Terbuka kepada semua kategori (SP & MNP)
- Terbuka kepada semua pengedar sah ONEXOX
- Pendaftaran wajib mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh SKMM

READY??? GET SET ! ! ! GO ! ! ! 



16 March 2016

2 Keping Baucer Minyak Untuk Dimenangi Setiap Hari

Berita baik untuk semua pengguna OneXOX!



Bermula 14 Mac hingga 31 Mac ini, anda hanya perlu topup minimum RM30 dalam sehari untuk melayakkan diri ke cabutan bertuah harian yang menawarkan sekeping baucer minyak bernilai RM50 kepada dua pemenang bertuah.

Layari http://www.xox.com.my/support/terms-and-conditions/?tnc=top-up-your-prepaid-and-well-fuel-up-your-petrol-terms-conditions untuk terma dan syarat.

29 February 2016

10 + 10 = 28

Apa tu?

Nah..inilah dia...


Harga Simkad RM10 + Topup RM10 = 28 bulan tempoh sah kredit

Untuk nombor baru yang anda beli. Apa tunggu lagi?

09 February 2016

02 February 2016

ONEXOX kini dengan 4G

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


:: 4G :: SELANGKAH LAGI KE DEPAN ::
Bagi pengguna smartphone yang berkeupayaan 4G, sukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan data 4G ONEXOX telah pun diaktifkan bagi semua pengguna ONEXOX. Bagaimanapun, 4G ONEXOX ini hanya boleh digunakan bagi langganan data yang dibuat bermula 2 Feb 2016 sahaja.
Bagi langganan data yang dibuat sebelum 2 Feb 2016, anda masih menggunakan perkhidmatan 3G sehingga data tersebut habis/tamat tempoh.
Besar harapan kami agar maklumat ini dapat disebarkan seluas-luasnya kepada semua pengguna ONEXOX. 

-ONEXOX

28 January 2016

Cabutan Bertuah Kembali Lagi

Hanya topup min RM30 sekaligus utk melayakkan anda ke cabutan bertuah ini!

*asyik² cabutan bertuah je..bertuah betul user² ni semua 


smile emoticon