14 March 2015

Cara mendaftarkan Dealer / Sub Dealer

Sebelum anda mendaftarkan pengedar baru, pastikan anda sudah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh ONEXOX.

Perkara yang diperlukan untuk mendaftarkan pengedar baru adalah pin pendaftaran yang boleh didapatkan daripada Leader/Area Distributor/Main Distributor. Harga bagi pin yang telah ditetapkan adalah RM85 bagi subdealer dan RM268 bagi dealer.

Berikut adalah cara untuk mendaftarkan pengedar baru anda

  1. Login ke akaun pengedar di http://onesys.onexox.my
  2. Klik pada bahagian menu sebelah kiri dan pilih Dealer Management
  3. Klik pada menu Sub/Dealer Registration
  4. Isikan nombor bakal SD/D dan klik Search
  5. Pilih pakej sama ada SD atau D
  6. Lengkapkan butiran SD/D tersebut dan tekan Submit
  7. Permohonan yang berjaya akan terus tertera pada hirarki anda.









Dikemaskini pada 14/12/2015

10 March 2015

Cara daftar pengguna baru (SP)

Berikut adalah langkah untuk mendaftarkan pengguna baru menggunakan ONESYS.
  1. Login ke akaun pengedar di http://onesys.onexox.my
  2. Klik pada bahagian menu sebelah kiri dan pilih Dealer Management
  3. Klik pada menu Starter Pack Registration




Isikan butiran pelanggan dan SUBMIT



Selesai




Untuk mendaftarkan pelanggan SP menggunakan nombor DREG anda :

SMS : DREG<*>NOTEL<*>NAMA PENUH<*>NO KAD PENGENALAN<*>ALAMAT<*>JENIS PENGENALAN<*>NO PENGENAL

ke 22111

Contoh :

DREG*0108888888*SITI NURHALIZA BINTI ALI*990909086666*NO 1 JALAN MUDA 2 TAMAN BUNGA 80000 JOHOR BAHRU JOHOR*1

Jenis Pengenalan :
1 - NRIC
2 - IC Lama / Polis / Tentera
3 - Passport

No Pengenal (UGU) perlu dimasukkan sekiranya ada. Contoh, pendaftaran seorang polis :

DREG*0107777777*KHALID BIN AL WALID*RF28685*NO 3 JALAN MUDA 3 TAMAN BUNGA 80000 JOHOR BAHRU JOHOR*2*0108888888



Sekiranya berjaya, 22111 akan balas :

0108888888 was successfully registered. Please submit registration form to your nearest branch within 7 days from now



Kemaskini pada : 12/12/2015

Cara daftar pengguna MNP (Kekalkan Nombor Asal)

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftarkan pengguna MNP melalui ONEXAPP

1. Log masuk ONEXAPP

2. Pilih menu MNP Registration



3. Pilih Nationality sama ada warga Malaysia atau bukan. Selepas itu, tekan gambar kamera untuk mengimbas dokumen yang berkaitan.



 4. Jika warga Malaysia, dokumen yang diperlukan adalah MyKad manakala untuk Foreigner, passport diperlukan. Pastikan dokumen yang diberikan adalah dokumen yang mempunyai butiran yang sama sewaktu mendaftarkan nombor telefon lama pengguna.



5. Isikan butiran lain yang diperlukan seperti yang dipaparkan di ONEXAPP.


6. Selepas mengisi semua butiran yang diperlukan, tekan menu ADD SIM CARD untuk mengimbas atau memasukkan nombor telefon dan nombor siri simkad MNP.


Apps akan mengimbas kod bar di sim kad untuk mendapatkan nombor siri.


7. Selepas selesai memasukkan segala butiran yang diperlukan, semak semula sebelum anda menekan butang SUBMIT. 


 SELESAI 


Nota :
DONOR - Telco semasa pelanggan yang ingin bertukar ke ONEXOX.
UGU - Nombor telefon orang yang memperkenalkan pelanggan
MSISDN - Nombor telefon pelanggan yang ingin dipindahkan ke ONEXOX
SimCard Number - No siri yang tertera pada kad sim MNP. Bermula dengan 8960XXXXXXXXXX.



Kemaskini pada : 10/1/2019